Sabtu, 3 September 2016

Alkisah deadline

Assalamualaikum..

Ada orang baru siap tulis pendahuluan kertas kerja..barulah kurang rasa nak nanges hahaha..

Dulu kononnya saya nak sanggup nak buat kertas keje tu sebab fikir ia hanya terjemahan artikel yang saya nak buat untuk ensiklopedia..

Malangnya ialah yang untuk ensiklopedia baru siap separuh pastu stucked!!! Ni rasa nak nanges gak..sebab takde idea nak tulis apa panjang2 hahaha..

Sudahnya sekarang saya kena bina sendiri untuk kertas kerja tu..supaya nanti dapat idea untuk panjangkan yg ensiklopedia..terbalik dari perancangan asal..

Tapi stress dia masyaallah haru betul..sebab next week dah start kelas..bertambahlah haru tu..

Tahap stress dia..nak tido je rasa. Taknak buat keje..siap kata kat diri sendiri..jangan stress nanti takleh buat keje jugak..kalau nak tido tido je lah. Kalau tak sempat siapkan, pasrah je lah. Nanti kita buat untuk yang lain pulak..haa haru kan..redah je la..kalau fikir panjang2 lebih2 keje tak siap jugak...

Sekian kisah orang yang 'rajin' menulis..kalaulah saya ada kayu sakti...sekali petik je siap teruskan..masalahnya hidup ni takde sakti2nya..kena mula dari kosong..barulah bermakna..kan3.

Sudah2lah..mari bertenang dan buat keje..

Jumaat, 19 Ogos 2016

Back on track..insyaallah

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Puasa dah abis ganti ke? Hehe. Saja tanya.

Dalam 2 minggu lagi semester break dah nak habis. Sekejap je kan. Padan main sana sini meeting itu ini sedar2 dah nak abis cuti.

Deadline kita tu...tak tahu nak cakap apa dah. Haha. Tak siap lagi bohhh. Lagi parah tak ada idea nak memanjangkan kalam ni..aduhai.

Musim orang sibuk berolimpik ni, kita patut ambil pengajaran. Fokus nak menang tu ha.

So fokus kita? Kadang2 sakit hati ngan orang, kena meeting ntah hape2, kena pergi sana sini kita rasa demotivated kan. Rasa terganggu..tapi masa tak boleh putar balik dah. Tu lagi sakit hati tu. Haha.

So untuk minggu2 aman sekejap ni mari kita berfikir dan memplan dan of course buat kerja kita la kan. Lantaklah yang lain2 tu.

Moh la.

Bye.

Rabu, 13 Julai 2016

Zuriat yang baik

Islam mengajar kita berdoa supaya dikurniakan anak yang baik (zurriyatan thoyyibah, qurratu a'yun), sebagaimana yang dinyatakan dalam alquran i.e doa nabi zakaria. Baik dari segi hal akhiratnya supaya tidak menjadi satu ujian kepada kita dan tidak menjadi musuh kita pula.

Rasulullah s.a.w pernah mendoakan anas b. malik agar dikurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai dan diberkati dengan apa yang dikurniakan..

Semoga kita juga dikurniakan harta dan zuriat yang diberkati juga. Insyaallah..

Gambar: sedutan rujukan tafsir alqurtubi..