Isnin, 16 Februari 2009

Sepagi di HKL...penat2

hari ni aku ada medical check up utk agreement SLAB..time: 7:45 pg tapi samapai sana pukul 8:30...almaklumlah nak leh ke g KL sentral dah 3 bas lepas tak leh naik org penuh..pastu naik monorail 20 min pulak, jalan kaki ke wisma kayu adalah 20 min lagi..huhu..terasa mcm senaman pulak, kalu hari2 macam ni kurus la kawe.hihi.

bila dah tiba sana ingatkan semua dah ok, bleh balik awal nak g jalan2 kat midvalley jap cari cendawan..alih2 doktor suh wat urine test sekali lagi...huwaa..lamanya kena tunggu...sempat baca paper metro dari depan sampai belakang..dah lah aku tak leh tgk org sakit tension2, terasa sakitnya, tp med checkup punya pasal sabar je laaa..

bila dah setel semua, pergi hantar ke KPT guna pos HKL je. taklarat dah nak ambik no. giliran lagi kat pej pos lain...muka dah sememeh tudung dah senget2 dengan bw result Xray semua, aku pergi jugak kat midvalley...

dah la bawak ubat satu plastik, bekal doktor bagi (macam rajin sangat aku makan ubat...rasanya macam masuk tong je..hi2), selamba je jalan2 kat mid...cendawan hitam, barli, bihun, anggur, yogurt semua aku beli, sebab perut lapar, makan kuih kat HKL, aduih tension makan kat hospital la..
tapi semua makanan yg berkhasiat...aku dah insaf..

ni esok ada presentation untuk kelas ethics...taktau lagi mcmmn gayanya, tak sedia sangat pun lagi..hajatnya nak wat simple je, tapi tengokla macammn...

Tiada ulasan: