Khamis, 16 Disember 2010

Rabbi yassir wa la tu'assir ya Karim

Assalamualaikum.

Petang yang berkat insyaAllah.

Doa yg menjadi topik post adalah doa yang selalu munirah ulang2 semasa pergi umrah mei lepas. Sungguh, saya benar2 mengulanginya. Saya tiba di haramain dalam keadaan belajar tak abis, kursus pegi dua kali je. Buku pun baca last minit. Saya benar2 seperti masuk exam tak baca betul2, tapi memandangkan Tuhan sudah memilih saya ke sana, saya tetap mahu yang terbaik!

Sudahnya saya mengulang2 doa tersebut. Dengan penuh harapan, dengan nekad bulat tekad. Ia seolah-olah hanya itu sahaja tujuan hidup, nak mengerjakan umrah dengan baik.

Dalam hati kata; nak nak nak!

Semasa di Masjid Nabawi, kami pergi ke Raudhah, taman antara taman2 syurga. Sewaktu mengetahui kesukaran untuk masuk ke Raudhah, dengan ramainya para pengunjung, kami tekad untuk masuk..Bila dapat masuk, nak pulak solat kat saf yang paling hadapan. Pesan mak: Jangan solat selagi tak sampai ke depan. Kami menurut. Dalam hati mengulang2 doa di atas dengan doa2 yang lain. Bila pulang, saya menoleh ke arah Raudhah, dalam hati berkata, saya mau masuk lagi~ Alhamdulillah wp serik dengan suara mak-mak polis kat situ, berjaya juga kami masuk sekali lagi dan membuat ziarah wida' di situ.

Di Masjidil Haram, pada awalnya saya tak terfikir untuk masuk solat di Hijr Ismail. Hanya selepas kakak dan adik bercerita mereka solat di situ, saya turut mau pegi solat di situ selepas tawaf. Untuk masuk ke kawasan ini semasa waktu Dhuha agak senang. Itupun kena berjuang dan kuat semangat. dalam hati tak pernah lekang doa di atas. Pertama kali mau solat di situ, lepas tawaf, saya terlajak ke depan dari ruang masuk ke hijr..cepat2 saya reverse diri..menunggu di tepi benteng hijr..ramai yang mengasak di belakang. Saya menggagahkan diri. Hati berkata; saya mahu solat di situ! Dan doa di atas diulang2..

Setelah hampir 7 bulan meninggalkan haramain, tidak pernah pulak tercetus nekad dan tekad seperti di atas dalam kehidupan seharian. Semalam saya mendengar doa ini di radio, dan saya baru tersedar yang saya tidak mengulang2nya lagi dalam hati. Alangkah ruginya munirah!

Padahal banyak lagi perkara yang saya impikan dalam dunia ini. Banyak lagi, tak terhitungkan. Short term, long term. Kenapa saya mengabaikan doa ini~

Ya Allah, saya nak lulus cemerlang dalam PhD ni. saya nak, nak, nak! Rabbi yassir wa la tu'assir ya Karim.

p/s: rasanya saya perlu ke DTC dan merenung stage dengan berkata dalam hati; Saya mahu naik pentas ni 2012. Saya nak!



Tiada ulasan: